Pengenalan kepada Elektrik

JENIS-JENIS LITAR

A. LITAR SIRI
Litar siri ialah litar yang mengandungi dua atau lebih komponen yang disambung bersiri. Dalam litar ini, arus mempunyai satu laluan sahaja. Nilai arus yang mengalir melalui semua komponen dalam litar adalah sama. Nilai beza upaya merentasi setiap komponen bergantung kepada rintangan masing-masing. Dalam Rajah 3, arus I adalah sama untuk setiap perintang.

B. LITAR SELARI
Litar selari mempunyai dua atau lebih komponen disambungkan merentasi punca voltan yang sama. Nilai beza upaya yang merentasi setiap cabang adalah sama. Nilai arus melalui setiap cabang bergantung kepada nilai rintangan cabang masing-masing.


LITAR SIRI – SELARI
Biasanya, litar siri dan litar selari digabungkan bersama. Kombinasi litar siri dan litar selari dikenali sebagai litar siri-selari.

Untuk mendapatkan nilai jumlah rintangan setara litar siri-selari, langkah berikut boleh diikuti :-
a. Kenal pasti kumpulan perintang yang bersiri dan selari
b. Gunakan formula untuk menentukan nilai setara rintangan siri dan rintangan selari
c. Gabungkan rintangan siri dan rintangan selari untuk mendapatkan nilai jumlah rintangan (RT)