Pengenalan kepada Elektronik

PENERANGAN :

1. JIRIM
Sebarang benda yang boleh dilihat atau digunakan. Ia mempunyai berat dan boleh mengisi ruang kosong. Terbahagi kepada tiga kumpulan:-
a. Pepejal - contoh:- kayu, besi, kaca dan lain-lain.
b. Cecair - contoh:- air, minyak, petrol dan lain-lain.
c. Gas - contoh :- oksigen, hydrogen dan lain-lain.

2. UNSUR
Semua benda-benda (jirim) terjadi daripada satu atau beberapa unsur. Oleh itu unsur ialah bahan asas yang menjadikan sesuatu benda. Dianggarkan lebih 100 jenis unsur yang telah diketahui terdapat di permukaan bumi. 92 jenis telah sedia ada dan bakinya dicipta oleh manusia. Contoh:- Hidrogen, Aluminium, Karbon dan lain-lain.

3. SEBATIAN
Jika sesuatu unsur disebatikan atau dicampurkan dengan jenis unsur yang lain, hasil percampuran ini dinamakan sebatian, mempunyai sifat yang berlainan dengan unsur asal yang belum disebatikan. Contoh :- Unsur gas hydrogen disebatikan dengan unsur gas oksigen, hasilnya ialah ujud sebatian air (H + O2 = H2O)

4. MOLEKUL
Jika dipecahkan atau dikecilkan sesuatu bahan sebatian hingga menjadi paling halus dan tidak dapat dikecilkan lagi, tetapi jika dipecahkan dan dikecilkan juga ia akan bertukar menjadi unsur.
5. ATOM
Ia merupakan unsur-unsur yang terkecil sekali dan ujud dalam semua benda atau bahan di persekitaran kita. Contoh:- air, jika dikecilkan menjadi halus, ia bertukar menjadi molekul air, jika molekul air dikecilkan lagi ia bertukar menjadi unsur dan jika unsur ini dikecilkan lagi ia menjadi atom.

PEMBENTUKAN ATOM
Setiap atom mempunyai tiga zarah halus yang ada kaitannya dengan arus elektrik. Jenis-jenis zarah tersebut ialah elektron, proton dan neutron. Proton dan neutron terletak di pusat tengah sesuatu atom. Pusat tengah ini dinamakan nukleus. Elektron pula terletak di luar nukleus. Elektron-elektron ini sentiasa bergerak mengelilingi nukleus seperti bumi mengelilingi matahari mengikut orbitnya.

a. Proton
Proton mempunyai bentuk yang lebih kecil daripada elektron iaitu satu pertiga lebih kecil daripada garis pusat elektron. Ia mempunyai 1840 kali lebih berat daripada elektron. Bilangan proton di dalam sesuatu atom bergantung kepada jenis sesuatu atom. Proton-proton ini terlalu sukar untuk dikeluarkan daripada atomnya. Proton mempunyai cas positif elektrik.

b. Elektron
Elektron mempunyai bentuk atau saiz yang lebih besar daripada proton, ia ringan daripada proton. Banyaknya bilangan electron di dalam sesuatu atom bergantung kepada jenis atom tersebut. Bilangan elektron di dalam satu atom sama banyak dengan proton. Elektron mempunyai cas negatif elektrik dan ia mudah terkeluar dari atomnya jika ada kuasa atau tenaga yang tertentu menolaknya. Contoh :- Atom hidrogen mempunyai satu elektron, atom karbon mempunyai lapan elektron dan atom tembaga mempunyai 29 elektron.

c. Neutron
Walaupun neutron juga satu zarah di dalam atom. Ia tidak mempunyai sebarang cas.

Contoh susunan atom Karbon
6 elektron (-)
6 protom (+)
6 neutron (0)



RESISTOR (PERINTANG)

Resistor ialah komponen yang menghadkan pengaliran arus dalam litar. Ia juga menghasilkan susutan voltan dan melesapkan tenaga elektrik.

1 Ohm (Ω) ditakrifkan sebagai rintangan suatu pengalir jika arus 1 Ampere (A) mengalir melaluinya apabila beza keupayaannya 1 Volt (V). [1Ω = 1V/1A].

Resistor sejenis komponen pasif yang kerap digunakan dalam litar di samping komponen-komponen lain. Mempunyai dua punca sambungan luar dan boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz. Dua ciri untuk Resistor ialah :

     i  ) Rintangan
     ii ) Kadar kuasa

Resistor digunakan untuk mengawal atau menghadkan pengaliran arus dalam litar. Dua kesan yang terjadi apabila arus melalui Resistor ialah :

     i  )  Haba dihasilkan
     ii )  Voltan susut merentasinya